Saturday, December 11, 2010

kata hati cerpen ku

1 perenggan dari slah 1 cerpen ku....

"pabila hati terpaut , cinta pasti berputik"
ini adalah kata - kata yang aku biasa kaitkan bila ternampak pasangan yang bercinta
muka mereka berseri –seri , senyum sentiasa terpamer di bibir diorang dan kadangkala korang boleh tengok diorang sering termenung berangan -angan .sekejap malu , tersengih – sengih and macam – macam lagi gaya yang korang boleh tengok .. =.=”

aku pelik bila diorang berperangai begitu and bila aku berbual dengan kawan –kawan ku , pasti topik tentang boyfriend or their girlfriend di buka , aku sekadar mendengar dan kadangkala memberi pendapat . sebab apa ? sebab aku sendiri pun tak tahu apa itu “keindahan percintaan” .. hahaha
the main reason is hati aku masih tidak di isi oleh cinta sang kekasih , dan dipenuhi dengan cinta terhadap Allah , Rasul , ibubapa , ahli keluarga and of course semua binatang peliharaan aku . he3 ^^
dan harap ia akan berterusan .

kadang kala aku pernah terfikir sebab apa aku masih tidak berpunya atau dipunyai . dan aku tahu sejak hari itu . pada malam tu , aku berfikir panjang . aku teringat kembali apa yang member aku tanya . “ kenapa kau tak nak berpunya ?” mula – mula aku agak tergamam . sebabnya , aku tak tahu nak jawab apa . bila difikirkan balik , aku sebenarnya cuba menghindar rasa suka tu dari menyusup masuk dalam kotak hati aku sebab aku ada satu perasaan takut . rasa takut untuk dipunyai kerana aku pasti suatu hari nanti aku akan dilukai .

hati aku dan perasaan aku pasti akan disakiti dan aku nak sangat – sangat elak semua tu . berdasarkan pengalaman kawan2 ku memandangkan aku nih tempat untuk diorang luahkan perasaan diorang , membuatkan aku semakin takut dengan perasaan yang satu itu . aku jenis suka dengar masalah diorang . sebab bagi aku meluahkan akan melegakan dan mengurangkan kesedihan yang diorang rasai . tapi bila sampai masalah macam ni menghimpit aku , aku tak tahu nak buat apa . apa yang patut aku lakukan dan pada siapa yang aku boleh luahkan .

aku kadang kala jadi buntu bila fikir tentang semua nih . tapi dari dulu lagi aku dah set mind aku yang semua ni bukan perkara yang terlalu mustahak untuk difikirkan . banyak lagi perkara besar yang aku harus fikirkan selain menyesakkan otak aku dengan perkara begini .
kadang2 kawan – kawan aku bertanya “kau tak pernah ada rasa nak ada pakwe ke?” . “ kau tak ada orang yang kau minat ke?” , “ tak terlintas ke kat fikiran kau nak berpunya ?” …. Sampai kadang kala aku dah lali dengar soalan macam tu .

entah la , aku sebenarnya malas nak fikir semua tu , sebab aku tak nak perasaan takut itu datang balik . contoh yang terdekat , abang aku . dia sayang sangat dengan kakak tu . tapi last2 dia dikecewakan . dia tak pernah pandang perempuan lain dalam erti kata lain , pasang dua and sentiasa setia kat kakak tu . tapi apa yang dia dapat sebagai balasan ? he were left because she has found someone else . patut ke pengorbanan setia dibalas dengan kata – kata “ kita berpisah” ?
memang la adat orang bercinta , pasti akan terluka . tapi semua tu membuatkan aku berfikir dua kali sebelum aku menghulurkan tangan mencapai bentuk hati yang dipenuhi cinta . ini tak bermaksud aku anti lelaki , tapi aku mengambil langkah2 ‘keselamatan’ untuk menjauhi perasaan itu buat sementara . memang benar aku sering mengeluarkan kata – kata yang mengutuk lelaki , kerana bagi aku ini adalah satu2nya jalan untuk aku menghindarinya .
dan sejak hari itu aku bertekad , aku hanya akan berubah pendirian ku andai ada orang yang ikhlas menerima diriku dan tidak akan sekali – kali meningggalkan diri ku even aku tahu perkara itu mustahil untuk berlaku . sekurang – kurangnya buat masa ini perkara itu tak akn berlaku , kan?.. hehehehe

bibir tersenyum , tapi hati tidak semestinya begitu , kan ? ^^, dari luaran orang melihatku seperti biasa . tapi hati dan fikiran ku sering tertanya – Tanya . pernah jugak aku terfikir untuk mencari . tapi cepat – cepat aku lupakan niat itu , sebab bagi aku hanya lelaki yang menjadi jodohku akan memiliki hati ku .
satu jer yang aku inginkan , cintaku padanya adalah berlandaskan keredhaan Allah dan dialah yang akan menjadi ‘boyfriend pertama ku … *smile* . lelaki pertama yang aku akan panggil ‘bee’ , ‘sayang’ , ‘honey’ dan bermacam lagi panggilan yang couple sekarang pakai . doaku hanya satu ,

“ Ya Allah , jika aku jatuh cinta ,
cintakanlah aku pada seorang yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin , jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu
Agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana , jika aku jatuh hati ,
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari hatiMu
Ya Rabbul Izati , jika kau halalkan ku merindui kekasihku,
Jangan biarkan aku melampaui batasan
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
Hanya padaMu Ya Allah”

Moga doaku dimakbulkan .. amin…..

4 comments: