novel - Kiasan Hati Terluka

Semua ini terpulang kepada anie untuk pilih sama ada untuk terima pilihan abah atau tidak . abah tak paksa sebab anie sudah besar dan boleh fikir sendiri untuk masa depan anie,’ terang pak murshid dengan panjang lebar . isterinya di sebelah hanya tunduk mendiamkan diri .
                Sudah lebih sebulan perkara ini diusulkan kepada anak daranya seorang ini . bukan mereka ingin masuk campur dalam urusan anak – anak mereka , tetapi melihatkan sikap aryanie yang tidak mahu memikirkannya walaupun sekelumit , membuatkan hati mereka dipagut resah . caranya Cuma satu , letakkan di hadapan mata aryanie , mungkin persepsinya akan berubah .
                Kedengaran keluhan kecil aryanie . entah kenapa setiap kali topic ini dibangkitkan , moodnya seakan terbang melarikan diri . dia pun tidak tahu mengapa . tetapi jika ingin memarahi keputusan ibubapanya , rasanya tidak wajar dia berbuat demikian. Masakan dia mahu menderhaka . dia tahu bagaimana ingin mencorakkan arah kehidupannya dan dia amat bahagia dengan hidupnya sekarang . apa lagi yang tidak cukup ? rumah , kereta , pekerjaan yang memberi hasil yang berpatutan dan keluarga yang memahami sejak dia masih hingusan lagi .
                ‘ abah , bukan anie tak nak terima pilihan abah dan mak . tapi , anie tak kenal siapa dia . macam mana anie nak bina keluarga dengan dia ? anie rasa benda ini tidak penting dan anie sudah cukup bahagia dengan kehidupan anie sekarang ini ,’ perlahan suaranya member jawapan . hatinya masih tidak boleh menerima lelaki itu . manakan tidak , bersua muka pun tidak apatah lagi bercakap , dan sekarang ni akan berumah tangga dengan lelaki itu .
                 ‘abah faham dengan pemikiran anie tetang lelaki . tapi  anie , sampai bila anie nak berperangai macam ni? Benda yang sudah lepas tu , biarkan lepas . jangan pikirkan lagi . kalau tidak , anie akan menyesal di kemudian hari ,’ pak murshid masih ingin memujuk aryanie. ‘ abah dengan mak kenal budak fadhirul dengan keluaganya sekali . dia budak yang baik . percayalah cakap abah , anie,’ dia memandang isterinya untuk meminta sokongan . ‘ ya anie , mak kenal mak esah tu . mereka memang dari keluarga yang baik – baik . dan mak esah pun pernah usulkan untuk menjodohkan anie dengan anak terunanya itu . pilihan abah dan mak takkan salah ,’ sokong mak piah . dia sendiri sudah melihat fadhirul dengan matanya sendiri . tingkah laku yang sopan dan menghormati orang tua , segak rupanya , dan sudah boleh memimpin isteri dan anak – anak .
                Aryanie sudah tidak mampu untuk melihat wajah ibubapanya yang penuh mengharap . hatinya menjadi sayu . akhirnya dia berkata ‘ macam ni lah . abah dengan mak bagi masa seminggu saja lagi untuk anie fikirkan sedalam-dalamnya tentang perkara ini . apapun keputusan anie , anie harap mak dan abah akan terima ,’ kelihatan anggukan dari pak murshid dan mak piah . aryanie meminta diri untuk ke bilik .
                Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil . urgh! Tensionnya bila fikir pasal hal ini . kepalanya dah sesak memikirkan hal ini . bagaikan dilanda masalah dunia  gayanya . perlukah kehadiran seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita? Selama ini pun dia melihat banyak wanita Berjaya tanpa bantuan seorang lelaki . bagi dia lelaki hanya akan mendatangkan masalah . dikalihkan badan meniarap di atas katil sambil memeluk bantal berbentuk hati yang retak . hati itu dibeli ketika hatinya merasakan kepedihan yang sama . kepedihan ang kerap kali menusuk dinding hati yang lembut dan mudah terluka . kesakitan yang dirasai pabila hatinya , sayangnya , kasihnya , malah cintanya dipermainkan . titipan –titipan lalu memberikan kesan yang cukup mendalam . sehinggakan tiada lagi ruang untuk membenarkan hatinya dilukai lagi . cukuplah , cukuplah sekali ini hatinya  oleh insan yang tidak menghargai cintanya . dikesatnya airmata yang mengalir di pipi . setiap kali dia terkenangkan hal itu , setiap kali itu juga air matanya mengalir . Tapi kali ini dia sudah cukup kuat untuk tidak mempercayai kata – kata manis hamba Allah yang bernama lelaki . bukan bermaksud dia tidak percaya bahawa itu adalah hukum fitrah mahupun bertukar kepada perhubungan songsang . tetapi dia tidak mahu luka di hatnya terbukasemula . dan dia pasti hatinya akan lebih terluka dari sebelumnya  .
bersambung..............


No comments:

Post a Comment